Thursday, October 27, 2011

Untung dan bertuahnya kami.....

Kami beruntung dan bertuah keranaselalu dikurniakan kebahagian dan kejayaan.. mungkin kejayaan yang kecil kami tetap bersyukur dan rezeki yang datang lambat kami tetap bersyukur tapi kami tak pernah mengatakan diri kami ini bernasib malang dan rugi... kenapa ada orang kata kami malang... mungkinkah mereka tidak bersyukur untuk kami atau mereka merasakan pencapaian mereka lebih bagus dari kami?

Untuk menjadikan orang lain sebagai kayu pengukur pencapaian adalah tidak munasabah... anda mungkin berasa anda lebih beruntung dari kami tapi anda tak punyai hak untuk klasifikan kami sebagai rugi... Walaupun kami berasa kami untung tapi kami tidak pernah mengatakan yang anda dipihak yang rugi....

Cara pandangan anda dan kami mungkin berbeza kerana apa yang kami dan anda mahukan tidak sama. Aku dan suami tetap dengan pendirian bahawa suamiku adalah yang paling beruntung.....

1. Aku yang kurus dan suami yang tegap - hmm ada yang mengatakan bahawa badanku kecil kerempeng... this is solid okay tapi pelik sbb ramai juga yang inginkan potongan seperti ini alasan sbb senang cari baju dan sedap mata memandang. Suamiku pula akan berusaha untuk mencapai saiz ideal buat masa skarang aku beruntung kerana dengan saiznya buat aku rasa comel..... Suami pula bangga sbb isteri nampak comel saiznya.... jadi memang beruntung.... kepada siapa yang rasa kami malang.... kesian betul anda.... mungkin tafsiran kalau badanku seperti 2 kali ganda akhirnya suamiku beruntung.... hahahaha.... tidak sesuai.... Tau badan sendiri sukar untuk mencapai saiz diriku hmmm jadi patutlah katakan diri kami malang sbb malangnya anda sendiri tak mampu mencapainya.....Jadi sungguh prihatin orang yang mengatakan suamiku rugi sbb dia tak pernah rasa rugi malah beruntung.... Diri sendiri macam mana... pernah ke suami kata beruntung dengan saiz badan yang sebegitu.... So Sila fikir sendiri okay...

2. Setelah satu setengah tahun kawin baru dapat anak- Aku beruntung diuji secara mental dan fizikal sebegini. Begitu juga suami. Sbb baru kita tahu kasih sayang kami sekuat mana. Pernah aku cadangkan sekiranya keadaan berterusan aku pinta dia buat keputusan yang betul. Jawapannya mudah, kalau tak punyai anak di dunia, akhirat pasti diberi. Dunia hanya sementara, akhirat pula selama-lamanya.... Untung betul diriku sbb suami sayang diri ini sebegitu rupa....Aku tak pernah sangka.... Walaupun belum dikurniakan awal kami telah mulakan persediaan... hmm akhirnya bila dikurniakan kami gembira dan orang yang pernah mengatakan suamiku malang mungkin terkesima akhirnya.... Apapun terima kasih untuk kutukan kerana tak menjadi kudis malah menjadi semangat untuk kami..... Sekarang kami senyum melihat hasilnya.... dan pasti anda tak puas hati juga.... hai dunia oh dunia....

3. Saling memahami - Aku perlu bekeja pada hari sabtu dan ahad, suami pula cuti, untung betul dia begitu memahami ruang liku kerjaku yang banyak berjumpa orang dan kadang-kala memerlukan komitment... bertolak ansur begini. Jangan rasa dia beri muka tapi dia sebenarnya tahu setiap peluang yang datang perlu diambil bukan dipandang.....

4. Untungnya kami sbb matang menangani semua ini... Barulah dikatakan dugaan... Kami sentiasa positif terhadap cabaran yang kami hadapi.... tapi kalau orang lain tak puas hati cuba hadapi apa yang berlaku pada diri anda sendiri....

5. Kahwin lambat - Hmm bagi yang tak menyambung pelajaran mungkin merasakan at 26 is too old oredi... Tapi kalau aku flash back... I was begging my love to get married at 27... Hmm maksudnya saya kene kahwin paksa... paksa awal tarikh... Cuma cara menangani masalah adalah lebih telus....

Aku tak pernah mengklasifikasikan sesiapa malang... Sebab itu semua rai yang Esa.... tapi kalau orang mengatakan aku malang... hmm kang aku balas balik balik kutukan mereka.... alamatnya... pedas telinga sampai bila2.. By the way... My standard is higher than that... so... Peace... No War.... If u want to say I am Unlucky... U Must be Crazy.... apakah....

No comments: